Friday, September 12, 2014

Hadi Akan Berdepan Sorakan 'Marakbar Hadi' (Mampuslah Hadi) Pada Muktamar PAS di Johor?


AIDC mengimbas ketahun 1982, bila mana Presiden PAS ketika itu Dato' Asri  Haji Muda (kemudian bergelar Tan Sri) telah berdepan dengan teriakan 'Marakbar Asri' yang bermaksud 'Mampuslah Asri', ketika berucap di Muktamar PAS yang berlangsung di Balai Seminar DBP, Kuala Lumpur.


Imbasan yang turut memuat tulisan Yusof Harun yang menyoal samada Presiden PAS hari ini, DS Abdul Hadi Awang akan menerima nasib serupa seperti yang dialami oleh Asri, pada Muktamar PAS 2014 yang bakal berlangsung minggu depan?

Dalam menjawab soalan yang dilontarkan, saya tidak fikir nasib yang sama akan menimpa Hadi.

Saya melihat bahawa diantara 2 senario yang dihadapi oleh Asri dan Hadi adalah berbeza sama sekali. Perlu diingat bahawa pada 1982, Revolusi di Iran sedang bersemarak dan berpengaruh ketika itu. Dr Mashitah Ibrahim melalui artikelnya "Pas Lupakan Jasa Asri Muda" antara lain menulis,
"Golongan pemimpin muda dalam Pas ketika itu sangat terpengaruh dengan Revolusi Iran. Ramai pergi ‘berkursus’ di sana tanpa diketuai Presiden sendiri. Sikap sederhana Asri menjadikan beliau mula disisih golongan muda yang lebih ekstrem dari segi pemikiran dan tindakan. Suara pro-revolusi merebak cepat dalam Pas dan kemuncaknya penyingkiran Asri dan penyokong beliau yang digelar Kumpulan 13."
Meskipun Hadi tidak disebut sebagai penggerak dalam menjatuhkan Asri, saya kuat mengandaikan bahawa wujud penglibatan beliau. Ini bersandarkan dengan pandangan-pandangan yang agak ekstrim, malah jualan kaset ucapan dan ceramahnya antara yang mendapat sambutan ketika itu. Saya sendiri mengakui gemar mendengar pidato, bilamana abang saya sering membeli kaset beliau.

Tidak seperti Asri, Hadi berdepan dengan onak ranjau yang dicipta oleh kelompok IRC dan MISG yang terdiri dari kumpulan profesional dan berpendidikan tinggi.

Pengaruh revolusi biasanya adalah dengan penyertaan massa, sebaliknya gerak kerja penyusupan IRC dan MISG adalah lebih bersifat penyusupan pemimpin dan pemikir tanpa pengikut. Oleh itu, saya tidak nampak Hadi akan disorak, diejek dan dimaki pada muktamar minggu depan.

Tambahan pula, Hadi amat beruntung apabila sebahagian besar kelompok 'ustaz muda' cenderung kepada kepimpinan ulamak dan suatu yang perlu diakui bahawa kelompok 'ustaz muda' ini tidak begitu disenangi oleh kelompok asal IRC dan MISG.

Pengaruh gerakan Islam semasa dan terkini seperti 'Negara Islam Iraq dan Syria' (ISIS) sama sekali tidak mempengaruhi sebahagian besar ahli-ahli dan para pemimpin PAS hari ini. Maka ini juga membawa kepada kedudukan Hadi agak selamat.

Namun begitu, Hadi tidak harus memandang ringan terhadap gerakan PasMa yang berkemungkinan telah bersiap sedia dengan kumpulan soraknya untuk memalukan Hadi, seperti yang telah berlaku di Dewan Himpunan Cina Selangor & Kuala Lumpur (baca SINI).

Jika pun akan menerima sorakan 'Marakbar Hadi', Hadi harus berlapang dada kerana beliau sendiri telah melakukannya kepada Asri pada tahun 1982.

5 comments:

mat13 said...

Andai kata benar apa yang berlaku pada Asri berkemungkinan disebabkan oleh Hadi. Dan andaikata laungan "Marakbar Hadi" bakal berkumandang kelak......itulah bukti kebesaran Allah pada hambanya yang berlaku zalim kepada saudaranya. Kitaran kesalahan itu akan datang kepada tuannya kembali

Anonymous said...

What goes around comes around.

Anonymous said...

Semoga kita sentiasa berada di jalan yang lurus...jalan yg di redhaiNya, bukan jalan mereka yg Allah murkai dan bukan jalan mereka yg sesat. Aamiin

Anonymous said...

What u give u get back!!!

Anonymous said...

Malangnya Allah memelihara tn guru presiden dari musuh luar dan dalam.. Apa yg digembar gembur oleh puok2 mu hnya jadi kenangan perit bagi puok mu sdiri..